Sijil Pengubatan Rohani & Tibb Nabawi
Peluang mempelajari ilmu mengenai kesihatan dan pengubatan holistik yang merangkumi fizikal, mental, dan rohani di bawah bimbingan langsung Ustaz Abu Humayd Sufri Mahmud, pengasas dan pengarah pusat latihan dan rawatan holistik Addiin Academy.
Bukan itu sahaja, bahkan berpeluang berkhidmat di Addiin Academy sebagai perawat dan jurulatih, atau membuka pusat latihan dan rawatan sendiri kelak!
SIJIL PENGUBATAN ROHANI & TIBB NABAWI
KELAS MODUL 2 BERMULA 13 MEI 2023
Program dualistik - belajar sambil berkhidmat
TEORI DAN PRAKTIKAL
Anjuran Addiin Academy
Bersama
Ustaz Abu Humayd Sufri Mahmud
Pengasas & Pengarah
Addiin Sdn Bhd
Aktivis & Pengkaji Bidang Rawatan Islam sejak 2010
Modul | Bulan | Subjek Teori | Subjek Amali |
MODUL 1 | Februari | Manhaj Aqidah Dalam Perubatan | Hafalan Zikir Pagi & Petang |
Zikir Pagi & Petang | |||
Mac | Ruqyah Shar'iyyah Dari Neraca Al-Quran & As-Sunnah | Hafalan Ayat Ruqyah | |
Amalan Harian Penangkis Gangguan Syaitan | Hafalan Doa Harian | ||
April | Tafsir Surah Al-Jinn | Amali Rawatan Kerasukan Jin | |
Rawatan Kerasukan Jin | |||
MODUL 2 | Mei | Pengubatan Islam Antara Fakta & Auta | Amali Ruqyah |
Jun | Hijamah (Bekam) | Amali Bekam | |
Psikologi Islam | |||
Julai | Hadith-Hadith At-Tibb | Amali Rawatan Ain | |
Ain & rawatannya | |||
MODUL 3 | Ogos | Terapi Urutan | Amali urutan |
Sihir & Kaedah Rawatannya | Amali rawatan sihir | ||
September | Kemahiran Komunikasi | Amali kemahiran komunikasi | |
Fiqh Dakwah | Amali dakwah | ||
Oktober | At-Tibb An-Nabawi Ibn Qayyim | Amali rawatan fizikal | |
MODUL 4 | November | Pengurusan Perniagaan & Kewangan | Pelan Perniagaan |
Disember | Akupunktur | Amali akupunktur | |
Januari | Herba & Makanan Kesihatan | Penyediaan ubatan |
KELAS MODUL 2 BERMULA 13 MEI 2023
- Satu tahun - empat (4) modul
- Setiap modul = Tiga (3) bulan pengajian
- Struktur program adalah teori dan praktikal
- Kelas teori dijalankan secara online dan on-site (bersemuka)
- Kelas praktikal wajib dihadiri secara on-site
- Program ini adalah bersifat modular - berdasarkan modul, bukan semester atau peringkat.Maka setiap modul tidak ada pra-syarat untuk menyertainya. Penyertaan adalah terbuka setiap ambilan setiap 3 bulan.STRUKTUR PROGRAM
KOMPONEN | MARKAH (%) |
Kehadiran kuliah teori (Zoom) | 10 |
Penyertaan dalam sesi praktikal (bersemuka) | 20 |
Ujian teori (online) | 20 |
Ujian praktikal (bersemuka) | 50 |
Markah lulus minimum untuk memperolehi sijil ialah 60%
KELAS MODUL 2 BERMULA 13 MEI 2023
- Pengasas dan Pengarah Urusan Addiin Sdn Bhd
- Graduan UiTM - Diploma Pentadbiran Awam dan Bachelor in Business Administration (Hons) major International Business
- Anak murid dan mantan wakil Dr Bilal Philips di Malaysia. Menghadiri pengajian BA Islamic Studies 2011-2015
- Menghadiri halaqah hadith Sheikh Abdurrahman Bin Abdul Karim Alu Uthman di UIA, melazimi asatizah dan kelas pengajian di Yayasan Ta'lim Kuala Lumpur
- Memperolehi ijazah bersanad bagi kitab-kitab hadith Sahih Al-Bukhari, Muwatta' Imam Malik, Sunan An-Nasa'ie, Al-Adab Al-Mufrad, dan Arba'in Nawawiyyah.
- Berkecimpung dalam bidang pengubatan Islam sejak tahun 2010 dan mula mengajar dan menulis dalam bidang ini sejak 2013.
- Antara karya yang pernah dihasilkan dalam bidang ini ialah 3 buku: Ruqyah Shar'iyyah Dari Neraca Al-Quran & As-Sunnah (2015), Amalan Harian Penangkis Gangguan Syaitan (2015) dan Pengubatan Islam: Antara Fakta dan Auta (2018)
- Berpengalaman berceramah, mengajar dan melatih dalam bidang pengubatan Islam di Sarawak, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Pulau Pinang, dan Perlis. Merupakan pemegang tauliah mengajar agama di Wilayah Persekutuan.
- Dianggarkan telah mengajar dan melatih sekitar 200 pelajar sejak 2013 hingga 2022 dan pernah merawat pesakit seramai sekitar 1200 orang sejak 2010.
HASIL PEMBELAJARAN
- Peserta akan memahami prinsip dan amali pengubatan holistik yang merangkumi aspek fizikal, mental, dan rohani manusia.
- Peserta akan dapat membantu merawat pelbagai jenis penyakit sama ada fizikal, mental, dan rohani menggunakan pendekatan holistik.
- Peserta akan menguasai asas ilmu perniagaan dan pemasaran untuk mengendalikan pusat latihan dan rawatan sendiri.
- Peserta akan mampu menjadi jurulatih dan pengurus pusat latihan dan rawatannya sendiri.
- Peserta akan dapat menerokai ilmu dan pengalaman dalam bidang pengubatan holistik dengan lebih mendalam satu hari nanti.
YURAN PROGRAM
Cara Pembayaran | Jumlah (RM) |
Per Modul (3 bulan) | 450.00 |
Bulanan | 150.00 |
Sekaligus (Setahun) | 1,500.00 |
DENGAN YURAN RM450 PER MODUL SAHAJA, ANDA AKAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH BERIKUT:
- Akses ke sesi ZOOM dan hadir bersemuka di pusat Addiin Academy
- Nota seminar dalam format PDF yang boleh dimuat turun dan disimpan
- Sesi praktikal dengan pesakit sebenar di pusat rawatan Addiin Academy
APA KATA ALUMNI PROGRAM USTAZ ABU HUMAYD?
3. Nota yang mudah untuk dijadikan rujukan'
4. Penjelasan tentang ilmu yang perlu tahu untuk membentengi diri sangat terperinci.
(WAN MOHD SHAQAWI BIN WAN NAN, Perlis)
.............
"Alhamdulillah, melalui ustaz ana belajar banyak perkara berkenaan akidah, perubatan islam dan lain2..cara penyampaian ustaz yang bersahaja, isi penyampaian yang ringkas dan padat dan dalam masa yang sama beliau menggunakan cara dakwah yang bersesuaian dengan tahap penuntut ilmu."
(MOHD FAIZAL BIN AZNAN, Pulau Pinang)
.............
"Penyampaian tentang pengalaman dalam bidang ruqyah syar'iyyah sangat bermanfaat untuk peserta."
(MUHAMMAD OSMAN BIN ADNAN, Kedah)
.............
"Isi ceramah yang mantap, penyampaian yang baik dan jelas penerangannya, sangat memberi manfaat dalam kehidupan seharian dan berasaskan pengajaran al Quran dan sunnah."
(ROHANA AHMAD ZAINAL ARIFFIN, Perak)
............
"Masya Allah.. Tabarakallah.. Beliau seorang yang faqih.. Banyak manfaat ilmu yang saya peroleh hasil daripada mengikuti program beliau. Isi kandungan tidak ada masalah dan penerangan yang diberikan cukup jelas bagi saya..."
(MUHAMMAD ZAHARIMAN BIN SABRI, Kelantan)
............
TERMA & SYARAT PROGRAM
- Pihak penganjur program berhak membuat sebarang pindaan, perubahan, dan pembatalan terhadap program sekiranya perlu.
- Sijil hanya diberikan kepada peserta yang tamat kesemua empat (4) modul.
- Rakaman video akan diberikan kepada peserta melalui rakaman ketika live Youtube (unlisted).
- Sesi online akan dijalankan menggunakan Zoom dan Youtube (unlisted) secara live.
- Sesi praktikal wajib dihadiri secara bersemuka di Senawang, Negeri Sembilan, Malaysia.
- Sesi Praktikal HANYA SEKALI sahaja bagi setiap modul.
- Peserta tidak dibenarkan merakam sesi seminar sama ada secara visual atau audio tanpa kebenaran penganjur secara bertulis dan tidak dibenarkan memuatnaik video seminar di mana-mana pelantar media sosial atau media massa. Penganjur boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap peserta yang berbuat demikian kerana isi kandungan program adalah harta intelek syarikat Addiin Sdn Bhd selaku penganjur program.
- Dengan mengisi maklumat yang dikehendaki di bawah menandakan peserta telah membaca dan bersetuju dengan terma dan syarat ini.