PENYERTAAN PROGRAM E-PONDOK ADDIIN ACADEMY

PENYERTAAN PROGRAM E-PONDOK ADDIIN ACADEMY

 

Program baharu mulai OKTOBER 2022 ~ Khas untuk anda yang berminat mendalami bidang agama. 


TARIKH MULA : RABU 5 OKTOBER 2022

INSHA ALLAH





SESUAI UNTUK ANDA YANG 


✅ Bekerja

✅ Surirumah

✅ Perawat/Muallij

✅ Pelajar Universiti

✅ dan sesiapa sahaja yang berminat



✅ Belajar dengan Pengasas & Pengarah Urusan ADDIIN SDN. BHD., Ustaz Abu Humayd Sufri Mahmud.





Siapa Ustaz Abu Humayd? 



  • Beliau telah terlibat dalam bidang dakwah dan pendidikan agama sejak 12 tahun yang lalu (2010)
  • Anak murid dan mantan kakitangan Dr. Abu Ameenah Bilal Philips (2011-2016)
  • Pegawai Eksekutif Yayasan Ta'lim (2015)
  • Wakil Islamic Online University (sekarang International Open University) di Malaysia (2015-2016)
  • Setiausaha Kerja Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA) (2016-2017)
  • Pengasas Akademi Darul Tauhid dan Pertubuhan Kebajikan Darul Tauhid Malaysia (2018)
  • Pengasas Addiin Sdn. Bhd. (dahulu namanya DT Education Sdn. Bhd.) (2018)
  • Pemegang Tauliah Mengajar Agama di Wilayah Persekutuan sejak 2018
  • Sedang menyambung pengajian Master Pengajian Islam di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya







SILIBUS PENGAJIAN:



’AQIDAH | USULUDDIN

  • Al-Usul Ath-Thalathah
  • Nawaqidh Al-Islam
  • Kashf Ash-Shubuhat
  • Qawa'id Al-Arba'
  • Syarhus Sunnah lil Muzani
  • Syarhus Sunnah lil Barbahari
  • Manzhumah Haiyyah
  • Kitab At-Tauhid
  • Matn Al-'Aqidah At-Tahawiyyah
  • Lum’ah Al-I’tiqad
  • Talbis Iblis
  • dan lain²


HADITH

  • Mustalah Al-Hadith
  • Manzhumah Bayquniyyah
  • Hadith 40 An-Nawawi
  • Al-Adab Al-Mufrad (bersanad)
  • Sunan An-Nasa'i (bersanad)
  • Al-Muwatta’ lil Imam Malik (bersanad)
  • At-Targhib wa At-Tarhib
  • Riyadh As-Salihin
  • Syama’il Muhammadiyyah
  • Sahih Al-Bukhari (bersanad)
  • dan lain-lain



(semua nama kitab rujukan adalah cadangan, tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa)




  • PENGAJIAN ADALAH SECARA ONLINE DAN ONSITE
  • SETIAP KELAS AKAN DIRAKAM MENERUSI YOUTUBE LIVE (UNLISTED)
  • MENERUSI APLIKASI ZOOM ATAU YANG SEUMPAMA DENGANNYA






JADUAL PENGAJIAN




  • Setiap Khamis : 9.15 malam - 10.30 malam
  • Jika dalam satu-satu bulan mengandungi 5 minggu, maka minggu kelima tersebut tiada kelas
  • Jadual tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa


APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENYERTAI PENGAJIAN:



  • PERANTI (GADGET) YANG BOLEH DIHUBUNGKAN DENGAN INTERNET DAN MENGGUNAKAN APLIKASI ZOOM
  • HATI YANG IKHLAS
  • SEMANGAT BELAJAR YANG TINGGI
  • SEMANGAT NAK BANTU PENYEBARAN DAN PERKEMBANGAN ILMU AGAMA ALLAH





SYARAT² PENYERTAAN:



  • Muslim
  • Muallaf
  • Dedikasi
  • Boleh membaca dan menulis
  • Bersungguh-sungguh, Rajin, Istiqamah, sanggup berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit untuk belajar ilmu agama
  • Sabar, dan mempunyai adab serta akhlak sebagai penuntut ilmu



KAEDAH PENGAJIAN


  1. Pelajar bebas menentukan subjek apa yang ingin dipelajari, dan boleh pilih sama ada mahu hadir atau tidak hadir ke kelas.
  2. Setiap kelas ada elemen online melalui Zoom atau Google Meet, bergantung kepada keadaan. Setiap kuliah ada rakaman melalui Youtube Live (unlisted).
  3. Semua maklumat dan perkembangan terkini tentang program dan kelas akan dihebahkan di dalam saluran Telegram tersebut.
  4. Program adalah PERCUMA SEPENUHNYA.
  5. Jumlah total jam belajar setiap bulan adalah sekitar 5 JAM sahaja.
  6. Majoriti kitab atau rujukan yang digunakan adalah dalam Bahasa Arab, kecuali untuk peringkat permulaan atau asas yang menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Indonesia. Semua kitab akan diberikan secara percuma dalam format PDF menerusi saluran Telegram rasmi program ini.
  7. Konsep program ini adalah "BELAJAR SEPANJANG HAYAT" - maka tiada had umur, terbuka untuk semua, tiada tempoh tertentu, kelas pengajian akan berjalan setiap minggu sehingga waktu yang ditentukan oleh Allah Ta'ala.
  8. Kuliah secara live akan diadakan menerusi Zoom atau Google Meet pada masa yang ditetapkan seperti dalam jadual di atas. Tetapi rakaman boleh ditonton pada bila-bila masa.
  9. Kelas pada hari Khamis hanya pada sebelah malam bermula jam 9.15pm hingga 10.30pm.
  10. Kelas akan ditangguhkan sekiranya pengajar ada program atau temujanji lain yang tidak dapat dielakkan.


TERIMA KASIH, BARAKALLAHU FIKUM

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI ANDA!


SELEPAS MENDAFTAR DENGAN MENGISI BORANG DI BAWAH... anda akan dibawa ke pautan saluran TELEGRAM Rasmi untuk program ini. Semua perkembangan dan maklumat tentang program akan dikemaskini di saluran Telegram E-Pondok dari masa ke masa. Sila sertai dengan klik pada butang "Join" dan sebagainya yang dipaparkan nanti. Terima kasih.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
E-Pondok
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


BUTIRAN PESERTA

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel admin@addiin.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaAddiin Sdn. Bhd.
No. Akaun16010001057711
Buka i-Muamalat  

PENGESAHAN



Maklumat Peniaga

Addiin Sdn. Bhd.
admin@addiin.com
+6066757200